Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...