Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Bab 9

11/02/2015 Tengah hari tu aku datang. Aku jumpa kakak sulung dia, dia tunjuk wad ICU. Aku bukak pintu ICU tu, aku terus terpandang katil nombor dua dari kanan. Allah, sayang....... aku cam dia, walaupun dalam keadaan kepala dia bengkak. Aku tutup mulut tahan daripada menangis. Aku datang sebelah dia, ya Allah tak kuat hati ni tengok dia. Kepala dengan muka sayang bengkak. Berbalut sebab kena bedah. Mata sayang terbukak sikit. Mulut sayang kena masuk tiub pernafasan. Sayang koma lepas dibedah. Muka sayang bersih. Tak ada calar sikit pun. Aku pegang tangan sayang. Sejuk. Ya Allah ya Tuhanku, Akmal Hakim....... Lama aku pandang dia, teresak esak menangis. Ada doktor perempuan tu datang, dia tanya "Awak tunang dia ke?" Aku senyum kepayahan. Doktor tu tak bagi kejut sayang sebab sayang dah kena bius. Tapi aku tak boleh tahan, aku nak jugak bercakap. Sambil genggam erat tangan sayang, aku bisik kat telinga dia. Aku mintak dia kuat kan diri dia demi family dia, aku dan kawan kawa...

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Bab 6

Arwah satu satunya lelaki yang faham aku ni macam mana orangnya. Ayah aku sendiri tak boleh faham aku hohohoh. Even melalui mesej je dia boleh tahu aku okay ke tak walaupun aku tak tunjuk. Dia mesti cakap camni bila aku nafikan aku bad mood ke ade masalah ke "B kenal sayang b ni. B kenal sangat sangat dan jangan cuba nak tipu b" sifat dia tu buat aku makin sayang. Aku rindu sangat sangat zaman ktorg tak guna smartfone lagi. Masa tu dia sampai bagi peraturan kat aku. Kena bangun before 10 pagi (max) tidur before 11 malam. Mandi sebelum 7 malam. Mula mula susah nak buat. Lama lama jadi terbiasa. Kalau ktorg otp je dibenarkan tidur lewat hahahaha. Pernah ktorang otp sampai 5 jam. Sampai panas fone aku dibuat eh. Tu pun still tak puas cakap hahahahaha. Dia ade satu sifat suka mengusik aku kalau otp. Dia suka panggil "Sayangggg ohh sayangg" dok ulang ulang panggil even aku dah sahut. Bila aku tanya nak apa mesti dia cakap "Takde apa pun hahaha" den goram de...

Bab 5

Everyday kita orang mesej (masa tu whatsapp wechat bagai tu tak wujud lagi kot hahahaha) macam orang bercinta tiap hari nak mesej nak jumpa nak otp. Tak pernah bosan bila borak dengan dia. Ade je benda yang nak diborakkan. Sampai lah nak ke bulan puasa. Masa tu hari first puasa. Masa tu aku berbuka kat luar dengan family. Masa nak berbuka tu dia wish lah selamat berbuka bagai tu. Then dia cakap camni. "Akak. Adik ade benda nak cakap. Lepas buka nanti adik cakap eh. Sayang akak" Ayat 'sayang akak' tu tak pernah dia lupa sebut setiap kali nak end kan conversation. Sifat penyayang dia sebenarnya buat aku makin selesa dgn dia. Rasa selamat. Lepas berbuka tu dengan tak menyabor nya aku terus tanya dia nak cakap apa. "Akak sayang adik tak?" - arwah "Mestilah sayang. Kenapa adik tanya camtu?" - aku "Sayang macam mana?" - arwah "Saayang sangat sangat" - aku "Adik taknak hilang akak. Adik sayang akak" - arwah "Y...

Bab 4

Keesokkan harinya, aku pergi sekolah. Hati berdebar macam apa dah ngehngehngeh. Trauma punya pasal, aku tak keluar kelas satu hari tu kahkahkah! Rehat pun aku tak merayap sebab takut tersermpak dengan arwah. MALU TAK HILANG LAGI TAHU TAK. Balik sekolah tu, ade mesej masuk. "Kenapa adik tak nampak akak harini? Akak betul betul tak datang sekolah ke?" - arwah "Hahahahah akak datang tapi akak pakai topeng. Sebab tu adik tak nampak akak heheheheh" - aku "Serius lah kak?" - arwah "Takdelah akak memain je hahahaha. Akak....... tak keluar kelas sebab malu" - aku "Lah, kan adik dah cakap jangan malu. Adik ok je hahahahah" - arwah Then kitaorang mesej terus sampai malam. Bahagia gua satu hari ni hahahahah Esoknya aku rehat macam biasa. Terjumpa dia, dia menyengih je kerja dia. Aku pun senyum jelah even malu tu still ada hoho.Petang tu last untuk hari sukan if aku tak silap. Masa dah akhir akhir before nak kumpul untuk umumkan rumah mana ...

Bab 3

Naik sekolah lepas cuti tu, Biela tanya aku pasal dia. "Weh, budak tu mesej kat tak? Cemana kau dengan dia??" punya eksaited minachi ni tanya aku. Aku buat muka toya. "Mesej kejadah misscall pun takdak. Aku rasa Marwan kenakan dia lah. Ke tah tah dia dah ada awek. Budak comel macam tu takde awek macam tipu je" balas aku geram. "Serius lah dia takde mesej kau? Pelik aku. Takkan Marwan tak bagi" - Biela "Tah tah dia dah buang nombor aku. Ah lantak lah sakit hati gua ni. Pasal dia je aku dah meroyan tunggu huh" bentak aku. "Alah, takpelah waney. Takde jodoh kot? Hahahah" - Biela Aku pandang Biela. Tetiba rasa sayu dengar ayat tu. 'Takde jodoh? Huarghhh nak jodoh jugak dengan dia T.T' Tak lama naik sekolah lepas cuti tu, ada hari sukan kat sekolah. Aku tak masuk pun sebab semput kakatooo hahahahah. Masa tu aku ingat lagi Bella (Bella Norazmi) dengan Iqin ajak aku teman dorang pergi sekolah. Iqin dengan Bella masuk ...

Bab 2

Selepas beberapa bulan sejak kejadian aku jumpa sayang, aku terus kan kehidupan macam biasa walaupun kecewa (cewahhh ayat). Then masa cuti sekolah bulan 6 kalau tak silap aku, masa tu cuti 2 minggu. Tapi untuk student form 3 dengan form 5 ada program layar cemerlang (yang aku tak berapa nak belayar dengan cemerlang kah!) untuk seminggu pertama cuti tu. I was like 'aduh baru nak cuti nak berjimba before spm nak kena layar cemerlanglah kayak cemerlanglah'. Aku pun redho jelah pergi sekolah seminggu tu. Hari first layar cemerlang takde benda yang berlaku semua macam biasa, sampailah hari last layar cemerlang. Masa tu hari jumaat kot tak silap aku lah. Time tu hujan renyai renyai kat sekolah. Habis je kelas, aku dengan Biela tunggu ayah datang amik dekat depan koperasi. Depan koperasi tu ada public fone, kat situ lah aku duduk tercongok tunggu ayah hahahah. Sambil tu aku leka dok borak borak dengan Biela cerita macam macam. Lepastu aku perasan ada sekumpulan budak lelaki datang t...

Bab 1

2011 Aku ingat lagi, first time aku jumpa sayang aku form 5 masatu. Masa tu awal tahun, sekolah baru baru bukak lagi.Time tu tengah rehat. Sejak dah jadi senior sekolah (acah acah) aku dengan Nabila Husna (kawan baik) rajin tawaf satu sekolah. Yelah nanti dah keluar sekolah rindu, takleh nak tawaf satu sekolah lagi. Lagipun aku malas nak makan kat kantin sebab kantin penuh macam semut hurung gula. Satu hari tu, aku dengan Biela jalan kat foyer lepas beli makanan. Foyer tu lebih kurang mcm dewan terbuka kot i guess hahahah. Yang sekolah kepayang tahulah situasi dia mcm mana foyer tu. Aku dari kantin jalan lah kat foyer kiranya nak ke arah koperasi, sayang nak ke arah kantin. Tengah aku sibuk layan Biela potpet potpet, tetiba aku terpandang sorang mamat pakai baju KRS lalu sebelah aku. Yang aku ingat masa aku pandang dia, dia senyum kat aku. Pastu aku terperasan dia ade lesung pipit comel je kat tepi bibir dia belah kanan. Terpegun gua di buat nya hahahahah. Dalam hati terus macam ...

Bismillah....

Alhamdulillah, bertungkus lumus aku edit blog ni balik setelah berabad tak berusik. Tujuan aku bukak balik sebab aku nak cerita kisah dari first aku kenal arwah sayang sampai lah ke akhir hayat dia. Saja nak kongsi plus mana tahu aku lupa satu hari nanti, aku boleh baca balik kat sini (takkan lupa kot kecuali hilang ingatan) Dan satu benda aku nak pesan, selagi orang yang korang sayang masih ada hargailah dia. Sebab bila dia dah tak ada, korang dah tak boleh nak patah balik masa nak betulkan semuanya.  Allah pertemukan kita dengan seseorang tu bersebab. Sama ada sebagai ujian ataupun sebaliknya. Takdir Allah kita tak boleh tolak dan kita tak tahu pun perancangan Dia.   Kita duduk di bumi ni pun sementara. Satu hari nanti kita pun akan pergi mengadap Ilahi. Dunia disini indah, tapi disana lebih indah lebih cantik. Wallahualam