Skip to main content

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact.

(05/02/2015) 5 hari sebelum accident...
Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport.

(06/02/2015) 4 hari sebelum accident...
Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa je. Aku tarik muka. Sebenarnya hati aku sakit lagi sebab dia yg mintak berpisah sekejap lepastu tiba tiba buat baik. Malam tu dia bawak aku teman dia pergi beli barang then ktorg lepak city park sekejap. Kat situ aku luah semua rasa sakit hati aku, then dia pujuk. Lepas dah settel masalah cara baik, ktorg borak macam biasa. Aku tanya LC tu motor siapa. Then dia jawab sambil tersenyum "Tu motor b, surprise utk sayang!" aku senyum.

(07/02/2015) 3 hari sebelum accident...
Pagi sabtu tu sayang ws ajak pergi karoke dekat greenbox. Kalau karok kat greenbox before tengah hari kan dapat breakfast, lepastu masa tu ade nasi goreng kampung, sosej apo tah namo eh dengan tembikai. Aku yg first makan tembikai tu. Kalau makan tembikai mesti ade kulit kan? Kat pinggan tu ade satu kulit tembikai means tembikai yg aku makan tadi lah. Lepastu aku perasan sayang makan tembikai jugak. Lepas aku nyanyi aku terpandang pinggan tembikai tu aku perasan ade satu je kulit tembikai. "Eh tadi b makan tembikai kan? Kulit dia mana?" soal aku.
"B makan sekali" jawab dia slumber.
Perghh terkekek kekek aku gelak geli hati. Weh aku tak pernah jumpa orang makan kulit tembikai tau. Ya Rabbi.
Aku tanya dia kenapa makan sekali kenapa tak buang.
"B tak reti makan tembikai. Selalu b makan takde kulit. Ni b telan jelah"
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA bapak kelakar. Sabo jelah aku. And aku pesan lepas ni jangan makan lagi kulit tembikai. Lepas karoke ktorg jalan jalan kejap lepastu balik sebab dia nak main bola petang tu. Malam tu ktorg gaduh besar sebab selisih faham. Sampai nak break. Then dia ajak pergi city park esok pagi. Gaduh gaduh sampai bengkak bengkak mata aku melalak esok nya aku pergi jugak city park jumpa dia.

(08/09/2015) 2 hari sebelum accident...
Pagi tu ktorg jumpa kat city park. Mula lah drama aku kat situ. Aku nangis nangis depan dia sebab geram dia marah marah aku malam tadi. Dia punya pujuk, lap air mata aku je dah buat aku terpujuk. Lepastu tetiba dia ajak selfie. Dia paksa ajak selfie. Dia kata...
"Satu gambar pun jadilah sayang, jadi  kenangan..."
Ye betul apa sayang cakap, gambar tu dah jadi kenangan. Tu last gambar kita sama sama.....
Petang tu sayang hantar balik, tiba tiba aku jadi sebak. Aku menangis taknak balik. Sayang pujuk, sayang cakap minggu depan sayang datang lagi.....
Sayang hantar sampai depan rumah sewa. Lepastu tiba tiba sayang tanya "Taknak salam b?"
Aku terkejut sebab dia tak pernah tanya macam tu. Aku ikut je salam dia. Then dia pandang aku. Lama. Dia senyum and cakap "Hari Jumaat b datang lagi jemput sayang. Tunggu b"
Aku angguk then pandang dia pergi sampai hilang dari pandangan mata aku. Aku masuk bilik terus menangis teresak esak. Entah kenapa aku rasa sayu. Aku dah mula rindu...
Petang tu jugak sayang gerak balik GMi. Hati aku rasa tak sedap fikir dia bawak motor balik bangi. Aku tahu dia bawak motor laju macam mana. Dengan keadaan highway nak ke bangi tu banyak kereta banyak lori. Aku pesan jangan bawak laju laju. Tolong ingat mak dengan aku. Aku tahu dia seronok sangat dapat motor baru.

(09/02/2015) 1 hari sebelum accident...
Hari Isnin tu kita tak banyak sgt ws sebab sayang busy. Aku pun busy. Malam tu dia ws dia cakap suruh tunggu dia siap assignment sebab dia nak otp. Aku tunggu sampai tengah malam. Sampai tertidur. Aku terjaga pukul 3 pagi, tengok dia ade ws suruh call. Aku mintak maaf kat dia sebab aku rasa letih sgt sgt sampai tertidur. Then aku wish goodnight semua pastu aku sambung tidur balik.

(10/02/2015) 
Pagi tu sayang wish good morning. Lepastu sayang mengadu sayang sakit perut. Aku tak expect pun dia gastrik, aku fikir sakit perut biasa so aku suruh dia pergi membuang. Dia tak balas. Aku pun takde ws dia lagi sebab nak masuk kelas. Biasanya sesibuk mana dia pun tengah hari mesti dia akan call sekejap ataupun ws. Tapi harini tak. Senyap. Hati aku tiba tiba rasa berdebar. Aku fikir mungkin dia sibuk sangat. Aku tunggu sampai petang. Petang tu pun takde ws masuk. Aku try call, fone dia off. Hati aku dah mula rasa tak sedap. Dalam maghrib macam tu, kawan GMi dia (Hafiz) wechat aku. Tanya ade nombor mak dia tak. Aku tanya kenapa, Mal ade buat hal ke? Then Hafiz cakap Afiq (roommate arwah) yang mintak sebab arwah tak balik bilik dari pagi tadi. Terus berderau darah aku. Aku ws Afiq, bagi nombor mak dia then mintak dia bagitahu apa apa kat aku. Lama aku tunggu, tapi Afiq takde ws bagitahu apa apa. Tak lama lepastu Hafiz wechat cakap "Mal eksiden . Patah kaki, pendarahan, tgh koma. Skrg ade kat Hospital Kajang"
Allahu Akhbar. Rasa gelap dunia aku sekejap. Betul ke apa aku baca ni? Terus terduduk aku. Masa tu jugak aku nak datang jumpa dia. Afiq call, dia cakap sayang kena transfer ke HKL. Afiq cakap tak payah datang sebab takut tak boleh tengok. Aku tak fikir apa. Aku nak jugak tengok sayang......
Otw ke HKL tak henti henti air mata aku mengalir sambil doakan semoga sayang kuat....... Sampai HKL aku tanya nurse kat situ, diorang cakap sayang kat bilik bedah. Allahu.
Aku jumpa mak dia, mak dia cerita mak dia teman dia dalam ambulans. Tak mampu gambarkan dengan kata kata perasaan aku masa tu. Tunggu dia nak kena bedah. Sampai pagi aku tunggu. Tapi sayang tak keluar dari dewan bedah. Aku terpaksa balik sebab aku ade kelas pagi tu.



Comments

Popular posts from this blog

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...