Skip to main content

Bab 6

Arwah satu satunya lelaki yang faham aku ni macam mana orangnya. Ayah aku sendiri tak boleh faham aku hohohoh. Even melalui mesej je dia boleh tahu aku okay ke tak walaupun aku tak tunjuk. Dia mesti cakap camni bila aku nafikan aku bad mood ke ade masalah ke "B kenal sayang b ni. B kenal sangat sangat dan jangan cuba nak tipu b" sifat dia tu buat aku makin sayang.

Aku rindu sangat sangat zaman ktorg tak guna smartfone lagi. Masa tu dia sampai bagi peraturan kat aku. Kena bangun before 10 pagi (max) tidur before 11 malam. Mandi sebelum 7 malam. Mula mula susah nak buat. Lama lama jadi terbiasa. Kalau ktorg otp je dibenarkan tidur lewat hahahaha. Pernah ktorang otp sampai 5 jam. Sampai panas fone aku dibuat eh. Tu pun still tak puas cakap hahahahaha.

Dia ade satu sifat suka mengusik aku kalau otp. Dia suka panggil "Sayangggg ohh sayangg" dok ulang ulang panggil even aku dah sahut. Bila aku tanya nak apa mesti dia cakap "Takde apa pun hahaha" den goram den sabo je dengan dia ni hahahaha. Lepastu lagi satu dia suka tanya meleret. Misalnya dia tanya tengah buat apa. Bila aku jawab tengah study ke apa ke mesti dia tanya lagi study apa. Dah jawab study math, dia cakap math tu apa. Tu apa ni apa lah hahahaha serius manja sangat bagi aku dengan suara dia tu. Rindu.

Genap setahun hubungan ktorang, aku hadiah kan dia frame gambar ktorg dengan surat. Rasa terharu sangat sangat bila dia cakap dia letak frame tu kat meja study dia. Dia tak pernah jemu ucap "I love you" "I miss you"

Setahun 4 bulan 7 hari hubungan ktorg bertahan. Ktorg putus sebab salah faham. Selama ktorg putus tu aku tak pernah berhenti cuba pujuk dia sebab aku tahu aku paling banyak buat salah. Setahun lebih ktorg putus. Dan selama tu aku cuba kuatkan diri hidup tanpa dia. Tapi tak mampu sebab selama ni aku ada dia. Dia lah tempat mengadu tempat bermanja. Susah senang aku semua dia ada. Sakit. Sakit bila cuba nak bangun tanpa dia. Lepas setahun putus, ktorg contact balik sebab aku terperasan dia ada ws. Sejak tu ktorg berkawan balik tapi hari hari gaduh.

Sampai satu tahap aku terfikir aku kena move on. Aku kena lupakan dia. Aku cakap kat dia jangan cari aku lagi. Anggap je ktorg tak pernah kenal. Since tu ktorg takde contact. Aku block dia kat ws. Tapi masa malam raya tahun lepas, dia wechat aku. Dia mintak maaf semua bagai. Masa tu hati aku sakit lagi, aku balas aku takkan maafkan dia, Sejak tu dia try pujuk aku. Dia cakap dia nak tebus salah dia. Dia mintak peluang kedua. Aku sedar peluang kedua kadang kadang org tak hargai. Entah kenapa aku terima dia balik. And benda yang buat aku terkejut, dia still ingat warna kesukaan aku. Fav makanan dan minuman aku. Semua benda tentang aku dia ingat.

Hari demi hari perasaan sayang yang dulu datang. Bukan senang nak buang sebab aku sendiri yg kejar dia dulu. Kali ni aku rasa dihargai sangat. Dia selalu bawak aku jalan jalan. Merata rata dia bawak. Paling aku ingat dia bersungguh sungguh cari tiket bola JDT vs Pahang masatu. Dia cakap dia nak aku rasa duduk stadium. Aku bahagia ada dia, Bahagia sangat sangat.

Dia pernah cakap suruh tunggu dia. Dia nak kumpul duit then bila dia naik sem 5 nanti dia nak tunang. Siapa tak excited bila kau nak naik satu fasa lain dengan orang yang kau cinta. Dialah yang selalu rancang masa depan. Bila dah kahwin nanti dia nak ktorg duduk Johor. Macam macam yang dia rancang......

Comments

Popular posts from this blog

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...