Skip to main content

Posts

Luahan Hati Kecilku....

Assalamualaikum wahai manusia manusia sekalian.. Lama bebenau tak usik blog ni. Nak edit balik pun dah tak reti dah. Dah lah blog macam bebudak weh zaman bila doooo hahahahahaha ah lantak engko lah situ Harini hari pertama puasa and suddenly aku teringat kat arwah. Tahun ni masuk tahun ketiga aku berpuasa tanpa dia. Its still feel weird.... Kejap je dah 2 tahun 3 bulan dia pergi. Can you believe it?? Still rasa nak lempang muka sendiri dengan harapan semua ni mimpi je. Bukan lah tak redha tapi macam tak percaya je kejap je masa berlalu. Mak dia masih macam biasa suka tanya khabar aku through whatsapp. And soalan wajib dia "wani dah ada pengganti ke belum?" hahahahahaha aduhai aku sampai dah tak larat nak jawab dah. Mak dia sampai cakap "tunggu jelah aiman kalau macam tu" weh omg hahahahaahahah pandai buat kelakar tau mak arwah ni. Dia suruh aku tunggu adik arwah yang umur dia tingkatan 2 kot sekarang. Mak dia saja mengusik aku sebab dia mungkin faham aku tak bol
Recent posts

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi

Bab 9

11/02/2015 Tengah hari tu aku datang. Aku jumpa kakak sulung dia, dia tunjuk wad ICU. Aku bukak pintu ICU tu, aku terus terpandang katil nombor dua dari kanan. Allah, sayang....... aku cam dia, walaupun dalam keadaan kepala dia bengkak. Aku tutup mulut tahan daripada menangis. Aku datang sebelah dia, ya Allah tak kuat hati ni tengok dia. Kepala dengan muka sayang bengkak. Berbalut sebab kena bedah. Mata sayang terbukak sikit. Mulut sayang kena masuk tiub pernafasan. Sayang koma lepas dibedah. Muka sayang bersih. Tak ada calar sikit pun. Aku pegang tangan sayang. Sejuk. Ya Allah ya Tuhanku, Akmal Hakim....... Lama aku pandang dia, teresak esak menangis. Ada doktor perempuan tu datang, dia tanya "Awak tunang dia ke?" Aku senyum kepayahan. Doktor tu tak bagi kejut sayang sebab sayang dah kena bius. Tapi aku tak boleh tahan, aku nak jugak bercakap. Sambil genggam erat tangan sayang, aku bisik kat telinga dia. Aku mintak dia kuat kan diri dia demi family dia, aku dan kawan kawa

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa je. A

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Bab 6

Arwah satu satunya lelaki yang faham aku ni macam mana orangnya. Ayah aku sendiri tak boleh faham aku hohohoh. Even melalui mesej je dia boleh tahu aku okay ke tak walaupun aku tak tunjuk. Dia mesti cakap camni bila aku nafikan aku bad mood ke ade masalah ke "B kenal sayang b ni. B kenal sangat sangat dan jangan cuba nak tipu b" sifat dia tu buat aku makin sayang. Aku rindu sangat sangat zaman ktorg tak guna smartfone lagi. Masa tu dia sampai bagi peraturan kat aku. Kena bangun before 10 pagi (max) tidur before 11 malam. Mandi sebelum 7 malam. Mula mula susah nak buat. Lama lama jadi terbiasa. Kalau ktorg otp je dibenarkan tidur lewat hahahaha. Pernah ktorang otp sampai 5 jam. Sampai panas fone aku dibuat eh. Tu pun still tak puas cakap hahahahaha. Dia ade satu sifat suka mengusik aku kalau otp. Dia suka panggil "Sayangggg ohh sayangg" dok ulang ulang panggil even aku dah sahut. Bila aku tanya nak apa mesti dia cakap "Takde apa pun hahaha" den goram de

Bab 5

Everyday kita orang mesej (masa tu whatsapp wechat bagai tu tak wujud lagi kot hahahaha) macam orang bercinta tiap hari nak mesej nak jumpa nak otp. Tak pernah bosan bila borak dengan dia. Ade je benda yang nak diborakkan. Sampai lah nak ke bulan puasa. Masa tu hari first puasa. Masa tu aku berbuka kat luar dengan family. Masa nak berbuka tu dia wish lah selamat berbuka bagai tu. Then dia cakap camni. "Akak. Adik ade benda nak cakap. Lepas buka nanti adik cakap eh. Sayang akak" Ayat 'sayang akak' tu tak pernah dia lupa sebut setiap kali nak end kan conversation. Sifat penyayang dia sebenarnya buat aku makin selesa dgn dia. Rasa selamat. Lepas berbuka tu dengan tak menyabor nya aku terus tanya dia nak cakap apa. "Akak sayang adik tak?" - arwah "Mestilah sayang. Kenapa adik tanya camtu?" - aku "Sayang macam mana?" - arwah "Saayang sangat sangat" - aku "Adik taknak hilang akak. Adik sayang akak" - arwah "Y