Skip to main content

Bab 9

11/02/2015
Tengah hari tu aku datang. Aku jumpa kakak sulung dia, dia tunjuk wad ICU. Aku bukak pintu ICU tu, aku terus terpandang katil nombor dua dari kanan. Allah, sayang....... aku cam dia, walaupun dalam keadaan kepala dia bengkak. Aku tutup mulut tahan daripada menangis. Aku datang sebelah dia, ya Allah tak kuat hati ni tengok dia. Kepala dengan muka sayang bengkak. Berbalut sebab kena bedah. Mata sayang terbukak sikit. Mulut sayang kena masuk tiub pernafasan. Sayang koma lepas dibedah. Muka sayang bersih. Tak ada calar sikit pun. Aku pegang tangan sayang. Sejuk. Ya Allah ya Tuhanku, Akmal Hakim....... Lama aku pandang dia, teresak esak menangis. Ada doktor perempuan tu datang, dia tanya "Awak tunang dia ke?"
Aku senyum kepayahan.
Doktor tu tak bagi kejut sayang sebab sayang dah kena bius. Tapi aku tak boleh tahan, aku nak jugak bercakap. Sambil genggam erat tangan sayang, aku bisik kat telinga dia. Aku mintak dia kuat kan diri dia demi family dia, aku dan kawan kawan. Aku nak dia bangun. Aku bisik aku rindu...
Tanpa aku sedar, air mata dia mengalir. Aku lap air mata dia and cakap "Baby tahu b dengar apa baby cakap. Tolong kuat b... B janji takkan tinggalkan baby... Bbay tak sedia lagi... Tolong lah...."
Nak kuatkan diri sendiri aku sengaja cerita pasal mula mula ktorg jumpa. Pasal benda kelakar yg ktorg buat. Aku pandang dia, takde air mata keluar. Ye b dengar. Aku terus bercerita sampai masa melawat nak habis. Masa aku nak balik tu, aku bisik "Baby kena balik, waktu melawat dah habis. Baby janji baby datang lagi tengok b. Tolong kuat b. Baby tunggu b, sampai bila bila. Ingat tu"
Air mata dia keluar. Aku lap then terus keluar. Dah nak pecah dada aku ni tahan daripada meraung. Allahu sakitnya.

12/02/2015
Aku ws kakak dia bagitahu aku tak dapat datang harini sebab takde transport. Aku cuma mintak kakak dia sampai kan salam rindu aku buat dia..... hati ni tak pernah berhenti doakan dia. Setiap kali lepas solat aku merayu kepada Dia supaya jangan ambil sayang lagi. Sungguh aku tak sedia.

13/02/2015 
Pagi tu kakak sayang ws bagitahu sayang dah tenat. Ya Allah, tak mampu dah rasanya hati ni. Aku dah cuba kuatkan diri dengan membayangkan sayang akan bangun seperti sediakala walaupun doktor cakap harapan tipis. Sekalipun sayang bangun, sayang akan hilang ingatan. Kecederaan pada kepala sayang terlalu teruk. Bagi aku, aku sanguup dia hilang ingatan asalkan aku dapat tengok dia lagi......
Aku call ayah merayu mintak tlg bawak aku ke HKL. Dalam tengah hari aku sampai HKL. Kakak sayang cakap sayang tengah mandi. Dalam otak aku berfikir mungkin sayang dah okay sikit. Tak lama lepastu orang nampak mak sayang rushing nak masuk dalam. Mak sayang cakap "cepat siapa nak tengok Akmal ikut makcik" aku dah berdebar debar. Aku ikut mak dia. Sampai luar wad ICU aku nampak kak Syidah tengah menangis. Dia pandang aku then cakap masuk cepat tengok dia. Kaki aku dah lemah. Allah.

Aku masuk wad, aku nampak keliling sayang penuh mesin. Mesin yang menunjukkan denyutan jantung tu pun ada. Tapi mesin tu dah tak bergerak. Cuma bunyi 'tittttttttttttttttttttttttt' yang tanda orang dah tak ada. Aku datang dekat sayang. Jantung sayang bergerak perlahan. Air mata aku tumpah lagi. Allahu akhbar, sunggu aku tak sedia. Kuatkan lah aku ya Allah.....
Doktor tu cakap sayang tak banyak masa lagi. Bila bila sayang boleh pergi.....
Aku rasa nak meraung masa tu jugak. Hati aku menjerit "Sayang tolonglah, jangan tinggalkan baby... baby tak sedia...... baby perlukan b......" aku pegang dada aku, ya Allah sakitnya. Aku nampak dada sayang makin lama makin perlahan bergerak. Tak lama tu berhenti.
Tepat 4.20 petang doktor cakap "Akmal dah tak ada"
Aku rasa nak pitam, tapi Farah Diyana tahan aku daripada belakang. Ya Allah, akhirnya sayang pergi jua... tinggalkan kami tinggalkan dunia ini... Beratnya dugaan mu ya Allah. Perit tak terkata. Aku rasa kosong. Aku rasa separuh nyawa aku di ambil. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Orang yang aku cinta di ambil depan mata...
Ye masih segar dalam ingatan aku.

Doktor mintak kami semua keluar daripada wad sebab nak balut sayang. Luar wad aku terduduk termenung macam orang hilang akal. Rasa macam bermimpi. Tak lama lepastu aku masuk wad, aku tengok sayang dah kena balut dengan kain kapan. Akmal Hakim ke ni? Lama aku tenung dia, aku pegang tangan dia yg dah berbalut kain kapan. Baru air mata aku keluar balik. Ye, ni Akmal Hakim. Ni b aku. Allahu. Sepanjang tu aku tenung dia. Muka dia bersih. Berseri seri. Sampai aku tak sedar kawan kawan dia datang. Dalam pukul 6 lebih, aku turun bawah. Keadaan aku masa tu? Entahlah, mungkin mcm org hilang akal. Kak syidah ajak teman dia iringi jenazah sayang ke Seremban. Aku angguk. Mestilah aku nak iringi dia. Tak lama tu ktorg nampak van jenazah tu dah gerak. Then kak syidah cakap maybe sayang dibawak ke forensik. Kak syidah suruh aku gerak balik dulu. Dia suruh tunggu kat rumah sana. Terkilan rasa hati tak dapat iringi sayang. Betul betul aku gerak nak balik dah jauh daripada kawasan HKL kak syidah ws, cakap jenazah sayang tak gerak lagi. Tadi salah faham. Lagilah aku rasa terkilan. Takpelah takde rezeki.

Balik tu aku terus mandi. Dalam bilik air aku menangis puas puas sebab kalau boleh aku taknak menangis depan jenazah lagi. Dalam pukul 10 jenazah sampai. Rumah sayang penuh luar dalam. Ramai datang tengok sayang. Aku duduk dalam bilik sayang. Lepas baca yaasin, semua berkerumun nak tengok sayang. Aku berdiri betul betul sebelah jenazah sayang. Aku pandang dia, aku kuat kat hati supaya jangan nangis lagi. Balik rumah, aku tak boleh tidur. Aku menangis sepuas hati aku. Esok kat kubur kau tak boleh nangis waney. Kesian dia. Kau sayangkan dia kan? Tanpa sedar aku terlelap.

Pagi tu aku pergi rumah sayang. Aku duduk sebelah jenazah dia. Aku tengok muka dia puas puas. Sayang dibawa ke Masjid Hussain, City Park. Lepas sayang dimandikan, tok imam panggil siapa siapa yang nak tengok sayang buat kali terakhir. Aku berdiri sebelah dia. Sebelah aku kak Ros (kakak kedua). Aku pandang sayang. Ya Allah, bersihnya muka sayang. Berseri seri. Mak sayang cium dahi sayang, diikuti kakak kakak sayang, adik sayang, abah sayang, makcik makcik sayang. Lepastu kak Ros peluk pinggang aku, dia bisik "Pergilah cium dia"
Air mata aku terus keluar. Aku geleng kepala. Aku taknak dia terseksa.

Sayang beruntung sangat. Masa sayang nak disembahyangkan, ade orang lain nak akad nikah masa tu. Diorang semua sembahyangkan sayang. Cukup ramai. Sayang jenazah pertama yang rasmikan masjid tu dengan van jenazah.

Aku iringi sayang sampai ke kubur dia. Aku sendiri saksikan mereka letak sayang dalam liang lahad. Aku saksikan mereka timbus kubur sayang. Aku saksikan semuanya. Lepas bacaan talkin lepas semua bersurai aku tenung kubur sayang.

Selamat tinggal buat selamanya kekasih hatiku, Akmal Hakim bin Sidek. Kita dah terpisah jauh. Cuma jasad. Hati kita tak :') satu hari nanti aku bakal menyusul dan kita pasti akan berjumpa lagi :')
Saat aku melangkah jauh dari kubur sayang, aku toleh kebelakang. Aku senyum. "I love you"



Keluar dari kawasan kubur, hati aku kosong. Kosong sekosongnya. Hanya Allah maha mengerti.......


TAMAT

Comments

Popular posts from this blog

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...