Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Bab 4

Keesokkan harinya, aku pergi sekolah. Hati berdebar macam apa dah ngehngehngeh. Trauma punya pasal, aku tak keluar kelas satu hari tu kahkahkah! Rehat pun aku tak merayap sebab takut tersermpak dengan arwah. MALU TAK HILANG LAGI TAHU TAK. Balik sekolah tu, ade mesej masuk. "Kenapa adik tak nampak akak harini? Akak betul betul tak datang sekolah ke?" - arwah "Hahahahah akak datang tapi akak pakai topeng. Sebab tu adik tak nampak akak heheheheh" - aku "Serius lah kak?" - arwah "Takdelah akak memain je hahahaha. Akak....... tak keluar kelas sebab malu" - aku "Lah, kan adik dah cakap jangan malu. Adik ok je hahahahah" - arwah Then kitaorang mesej terus sampai malam. Bahagia gua satu hari ni hahahahah Esoknya aku rehat macam biasa. Terjumpa dia, dia menyengih je kerja dia. Aku pun senyum jelah even malu tu still ada hoho.Petang tu last untuk hari sukan if aku tak silap. Masa dah akhir akhir before nak kumpul untuk umumkan rumah mana ...

Bab 3

Naik sekolah lepas cuti tu, Biela tanya aku pasal dia. "Weh, budak tu mesej kat tak? Cemana kau dengan dia??" punya eksaited minachi ni tanya aku. Aku buat muka toya. "Mesej kejadah misscall pun takdak. Aku rasa Marwan kenakan dia lah. Ke tah tah dia dah ada awek. Budak comel macam tu takde awek macam tipu je" balas aku geram. "Serius lah dia takde mesej kau? Pelik aku. Takkan Marwan tak bagi" - Biela "Tah tah dia dah buang nombor aku. Ah lantak lah sakit hati gua ni. Pasal dia je aku dah meroyan tunggu huh" bentak aku. "Alah, takpelah waney. Takde jodoh kot? Hahahah" - Biela Aku pandang Biela. Tetiba rasa sayu dengar ayat tu. 'Takde jodoh? Huarghhh nak jodoh jugak dengan dia T.T' Tak lama naik sekolah lepas cuti tu, ada hari sukan kat sekolah. Aku tak masuk pun sebab semput kakatooo hahahahah. Masa tu aku ingat lagi Bella (Bella Norazmi) dengan Iqin ajak aku teman dorang pergi sekolah. Iqin dengan Bella masuk ...

Bab 2

Selepas beberapa bulan sejak kejadian aku jumpa sayang, aku terus kan kehidupan macam biasa walaupun kecewa (cewahhh ayat). Then masa cuti sekolah bulan 6 kalau tak silap aku, masa tu cuti 2 minggu. Tapi untuk student form 3 dengan form 5 ada program layar cemerlang (yang aku tak berapa nak belayar dengan cemerlang kah!) untuk seminggu pertama cuti tu. I was like 'aduh baru nak cuti nak berjimba before spm nak kena layar cemerlanglah kayak cemerlanglah'. Aku pun redho jelah pergi sekolah seminggu tu. Hari first layar cemerlang takde benda yang berlaku semua macam biasa, sampailah hari last layar cemerlang. Masa tu hari jumaat kot tak silap aku lah. Time tu hujan renyai renyai kat sekolah. Habis je kelas, aku dengan Biela tunggu ayah datang amik dekat depan koperasi. Depan koperasi tu ada public fone, kat situ lah aku duduk tercongok tunggu ayah hahahah. Sambil tu aku leka dok borak borak dengan Biela cerita macam macam. Lepastu aku perasan ada sekumpulan budak lelaki datang t...

Bab 1

2011 Aku ingat lagi, first time aku jumpa sayang aku form 5 masatu. Masa tu awal tahun, sekolah baru baru bukak lagi.Time tu tengah rehat. Sejak dah jadi senior sekolah (acah acah) aku dengan Nabila Husna (kawan baik) rajin tawaf satu sekolah. Yelah nanti dah keluar sekolah rindu, takleh nak tawaf satu sekolah lagi. Lagipun aku malas nak makan kat kantin sebab kantin penuh macam semut hurung gula. Satu hari tu, aku dengan Biela jalan kat foyer lepas beli makanan. Foyer tu lebih kurang mcm dewan terbuka kot i guess hahahah. Yang sekolah kepayang tahulah situasi dia mcm mana foyer tu. Aku dari kantin jalan lah kat foyer kiranya nak ke arah koperasi, sayang nak ke arah kantin. Tengah aku sibuk layan Biela potpet potpet, tetiba aku terpandang sorang mamat pakai baju KRS lalu sebelah aku. Yang aku ingat masa aku pandang dia, dia senyum kat aku. Pastu aku terperasan dia ade lesung pipit comel je kat tepi bibir dia belah kanan. Terpegun gua di buat nya hahahahah. Dalam hati terus macam ...

Bismillah....

Alhamdulillah, bertungkus lumus aku edit blog ni balik setelah berabad tak berusik. Tujuan aku bukak balik sebab aku nak cerita kisah dari first aku kenal arwah sayang sampai lah ke akhir hayat dia. Saja nak kongsi plus mana tahu aku lupa satu hari nanti, aku boleh baca balik kat sini (takkan lupa kot kecuali hilang ingatan) Dan satu benda aku nak pesan, selagi orang yang korang sayang masih ada hargailah dia. Sebab bila dia dah tak ada, korang dah tak boleh nak patah balik masa nak betulkan semuanya.  Allah pertemukan kita dengan seseorang tu bersebab. Sama ada sebagai ujian ataupun sebaliknya. Takdir Allah kita tak boleh tolak dan kita tak tahu pun perancangan Dia.   Kita duduk di bumi ni pun sementara. Satu hari nanti kita pun akan pergi mengadap Ilahi. Dunia disini indah, tapi disana lebih indah lebih cantik. Wallahualam