Skip to main content

Bab 2

Selepas beberapa bulan sejak kejadian aku jumpa sayang, aku terus kan kehidupan macam biasa walaupun kecewa (cewahhh ayat). Then masa cuti sekolah bulan 6 kalau tak silap aku, masa tu cuti 2 minggu. Tapi untuk student form 3 dengan form 5 ada program layar cemerlang (yang aku tak berapa nak belayar dengan cemerlang kah!) untuk seminggu pertama cuti tu. I was like 'aduh baru nak cuti nak berjimba before spm nak kena layar cemerlanglah kayak cemerlanglah'. Aku pun redho jelah pergi sekolah seminggu tu.

Hari first layar cemerlang takde benda yang berlaku semua macam biasa, sampailah hari last layar cemerlang. Masa tu hari jumaat kot tak silap aku lah. Time tu hujan renyai renyai kat sekolah. Habis je kelas, aku dengan Biela tunggu ayah datang amik dekat depan koperasi. Depan koperasi tu ada public fone, kat situ lah aku duduk tercongok tunggu ayah hahahah. Sambil tu aku leka dok borak borak dengan Biela cerita macam macam. Lepastu aku perasan ada sekumpulan budak lelaki datang then berdiri depan koperasi. Means depan aku lah hahahah. Aku buat dek je masa tu tak pandang pun sebab macam tak kenal je hahahahah.

Entah kenapa tetiba hati aku nak sangat pandang dorang. Sebab masa tu dorang bising tergelak gelak bagai. Bila aku pandang, aku ternampak Marwan a.k.a Bruno Mars Malaysia tu hahahahaahah (budak kepayang yang panggil dia camtu sebab muka dia macam Bruno Mars katakooo hahahah). Aku pandang sorang sorang member dia kat situ, entah macam mana masa tu sayang pakai beg warna merah biru (aku rasa macam beg arsenal if tak silap lah) dia membelakangkan aku masa tu. Dia punya seronok ketawa aku peghati je dari belakang. Tetiba dia pusing pandang depan. Aku punya terkejut tengok muka dia masa tu (entah apa ngoman terkejut aku masatu hahahahahah). Aku terus tarik Biela dekat dengan aku.

"Weh Biela, tu mamat yang aku cari berbulan lepas tu weh!" punya eksaited ai cakap kat Biela.
"Mana, mana?" Biela punya menggelabah tanya.
"Ni depan kita ni, dengan geng Marwan ni. Aduh Biela aku rasa nak pitam hahahahahhahah" - aku
"Weh jangan pitam dulu, amik nombor dulu" - Biela
"Kau gila??!! Kang dia reject buat malu je. Entah entah dah ada awek ke apa" - aku
"Alah, tanya jelah dulu kang melepas lagi kau meroyan. Dah berapa lama kau cari dia kan. Ni ada depan mata. Meh aku mintak nombor dia" Biela punya berani nak mintak nombor. Aku tarik Biela.
"Janganlah weh aku segan lah hahahah tapi aduh cemana ni aku nak kenal dia. Ah lantaklah Biela, ada jodoh adalah weh hahahahah" - aku
"Macam ****** tau kau ni. Nanti jangan meroyan kat aku eh" - Biela
"Em okay Biela" - aku

Aku pun pandang jelah dia puas puas mana tahu tak jumpa lagi dah. Dah lah macam hantu kejap hilang kejap ada hahahahaha. Aku peghati je dia ketawa dia senyum. Manis gila weh, bertambah cair hati gua yang dah pun cair ni wahahahahahah. Tengah syok tenung dia, Biela panggil ajak borak. Aku pun dah tak fokus kat arwah masa tu. Tiba tiba kan, Marwan datang kat kita orang.

"Akak, budak beg merah tu mintak nombor akak" - Marwan
Punya terbeliak mata aku dengar. Engkau gila mamat yang kau dok usha tetiba mintak nombor!
"Err hahahaha tipulah, tu tengok tu muka dia dah merah adik (aku tak ingat aku panggil Marwan apa masatu) kenakan dia" aku balas sambil tengok arwah. Muka dia dah merah masa tu seolah olah tengah malu gila.
"Tak tipu kak, dia mintak nombor akak heheheh" Marwan beria ria mintak.
Aku pandang Biela. Biela dah buat isyarat suruh bagi. Tapi aku taknak ah nampak aku pun beria nak bagi (padahal dalam hati dah menggeletis nak berjoget semua ada)
"Takpelah dik, cakap je akak tak pakai fone eh" aku tolak (ceh kekonon)
Aku pun pergi ke depan sikit daripada kawasan situ sebab nak tinjau ayah dah sampai ke belum. Aku pusing belakang aku tengok Biela baru lepas cakap something dengan Marwan. Aku datang kat Biela.

"Kau cakap apa kat Marwan?" soal aku.
"Aku dah bagi nombor kau. Nasib baik aku hafal. Senang kerja aku" - Biela
"Like seriously??!!! Weh pesal kau bagi alahaiii" aku pandang group Marwan. Aku nampak arwah tengah cakap dengan Marwan. Gaya dia macam dia marah sebab Marwan mintak nombor aku. Tapi situasi nya dia tergelak gelak (hekeleh tahu lah comel manjang gelak je)
"Betul, aku dah bagi. Alah suka cakap suka" - Biela
Aku diam (opkos lah suka nyah! hahahahah)

"Hah tu ayah dah sampai" Biela jerit kat aku.
Kitaorang pun gerak nak ke arah kereta ayah. Sebelum tu menyempat je lagi pandang arwah. Dia dengan kawan kawan dia pun macam nak balik sebab aku tengok dorang pun gerak sekali.Arwah sempat pandang aku, lepas senyum lagi. Arghhh menyeksa jiwa raga ku betullah hahahahahah.
Aku terus lari anak anak kat kereta sebab gerimis masa tu. Dalam kereta aku pandang lagi dia. Dia naik motor dengan kawan kawan dia. Dalam hati sempat cakap 'bye awak, inshaAllah panjang umur jumpa lagi'.

Balik rumah terus capai fone kekonon berharap dia akan call ke mesej ke kan. Tapi takde pun.
'Takpelah dia tak balik lagi kot?' ayat nak sedapkan hati sendiri. Kah!

Sampai lah ke malam, takde satu misscall atau mesej pun daripada dia. Punya patah hati jantung limpa gua huwaaaaaa. Nampak tak? Nampak macam aku je yang syok sendiri hahahahaah entah entah Marwan saja nak kenakan dia hati aku menuduh (ok sory Marwan :p)

Sampai habis cuti sekolah takde pun mesej daripada dia. Sakitnya tuh disini wakakakakakakak
And aku dah decide, lepas ni taknak berharap lagi sakit weh sakit hahahahah. Lagi sakit kalau tetiba dia dah ada gf matilanak bunuh diri ok tipu je hahahahah.

And again, berangan jelah yang mampu......

Comments

Popular posts from this blog

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...