Skip to main content

Bab 3

Naik sekolah lepas cuti tu, Biela tanya aku pasal dia.
"Weh, budak tu mesej kat tak? Cemana kau dengan dia??" punya eksaited minachi ni tanya aku.
Aku buat muka toya.
"Mesej kejadah misscall pun takdak. Aku rasa Marwan kenakan dia lah. Ke tah tah dia dah ada awek. Budak comel macam tu takde awek macam tipu je" balas aku geram.
"Serius lah dia takde mesej kau? Pelik aku. Takkan Marwan tak bagi" - Biela
"Tah tah dia dah buang nombor aku. Ah lantak lah sakit hati gua ni. Pasal dia je aku dah meroyan tunggu huh" bentak aku.
"Alah, takpelah waney. Takde jodoh kot? Hahahah" - Biela
Aku pandang Biela. Tetiba rasa sayu dengar ayat tu. 'Takde jodoh? Huarghhh nak jodoh jugak dengan dia T.T'

Tak lama naik sekolah lepas cuti tu, ada hari sukan kat sekolah. Aku tak masuk pun sebab semput kakatooo hahahahah. Masa tu aku ingat lagi Bella (Bella Norazmi) dengan Iqin ajak aku teman dorang pergi sekolah. Iqin dengan Bella masuk acara. Aku ni peneman je hahahahah. Masa Bella dengan Iqin sibuk dengan acara sukan dorang, aku pergi kat bahagian larian. Nak tengok orang lumba lari. Masa tu acara baton (camtu ke eja dia hahahah), aku berdiri kat tepi sambil sorak untuk rumah biru. Aku rumah biru dari zaman sekolah rendah sampailah menengah hahahahah. Masa peserta pertama lari then pas baton kat peserta kedua, aku terkedu kejap. Dia lagi. Bisik hati aku. Dia rumah merah, masa dia lari lalu kat tempat aku berdiri tu aku terus sorak "Go Merah Go Merah" hahahahahaahah gila weh aku. Sampai budak yang berdiri sebelah aku pandang semacam sebab dia tengok aku pakai baju biru. Kejadah sorak rumah merah hahahahaha

Lepas habis semua acara tu, aku pergi cari Bella dengan Iqin. Then Bella ajak amik gambar, dia suruh adik dia si Izat tu amik gambar. Kitaorang pun berdiri mengadap dewan nak amik gambar. Aku pun acah acah buat pos paling comel lah kekononya. Tengah gelak gelak amik gambar, aku terpandang lelaki belakang Izat. Kiranya Izat membelakangkan dia sebab nak amik gambar kitaorang. Posisi kitaorang masa tu kat tengah padang, jauh sikit daripada dewan sekolah. Aku nampak arwah tengah duduk kat tepi padang tu, sambil pandang aku. Dia tersengih sengih bila aku terpandang dia. 

'Alamak dia lagi! Aduh bapak malu dia peghati aku dok amik gambar hahahaha' 
Aku tak balas pun senyuman dia (ceh kekonon marah sebab kes haritu hahaha) kenapa lah dia suka muncul depan aku. Adomak mengugat iman aku betullah. 

Balik daripada sekolah tu, aku tak pegang fone pun. Nak mesej siapa! Pakwe pun takde, orang yang aku kejar pun entah entah bf orang. Heh sadis hidup gua ni. Petang sikit, aku bukak fone. Aku tengok ada satu misscall daripada nombor yang tak dikenali. Aku tengok dia misscall masa bebetul aku balik sekolah. Aku je yang tak check masa tu.
"Hakelah siapa pulak main misscall ni" aku terus hantar mesej kat nombor tu. 
Aku tanya siapa ni. Tak lama lepastu dia balas "Adalah. Kalau nak tahu siapa ni, mesej dalam pukul 11pm ok. Kalau nak tahu ni siapa lah. Taknak sudah"
Hekeleh main ugut pulak. Entah siapa entah jebon ni. 
Aku balas "Cakap jelah siapa ni? Kenapa nak kena pukul 11? Kenapa tak bagitahu sekarang?" aku desak.
"Sekarang tak boleh. Pukul 11 ok? Bye assalamualaikum" dia balas.
Terpinga pinga gak aku dibuat eh. Siap set masa pukul berapa baru boleh bagitahu siapa. Nak tahu punya pasal aku tunggu sampai pukul 11.

Tepat pukul 11, aku mesej dia.
"Hah dah pukul 11, cakap lah ni siapa" tak bagi salam apa semua aku terus serbu tanya hahahaah
"Tak menyabar betul dia ni. Ni Marwan lah. Ingat lagi tak?" dia reply.
Marwan??! Oh my God, kawan mamat tu ke? 
"Marwan? Yang mintak nombor haritu ke?" eceh buat buat tanya lak aku huahuahua
"A'ah lah. Dah lupa ke kak?" dia balas. 
Kitaorang pun start conversation dari situ. Dia cerita pasal yang member dia mintak nombor tu.
"Nama dia Akmal. Dia memang suka akak hahahahah" - Marwan
Oh Akmal nama dia. Kembang kempis hidung gua dengar dia cakap camtu wakakakakakaak
Aku punyalah seronok cerita kat dia pasal Akmal ni. Aku terus terang yang aku dah lama suka Akmal. Pastu aku cakap ah tadi kat acara sukan lari, aku siap sorak untuk Akmal walaupun bukan rumah merah hahahahahaahahah
Pastu aku pelik sebab dia gelak besar siap cakap serius ke? Dah kenapa Marwan ni suka benau.

Kitaorang mesej sampai pukul 2 pagi. Semuanya borak pasal Akmal. Tak lama tu dia cakap camni.
"Akak, adik ada benda nak cakap ni. Akak jangan marah tau" 
"Haa nak cakap apa?" - aku
"Adik nak jujur ni. Sebenarnya ni bukan Marwan" dia balas
"Habistu siapa? Hantu?? Eh jangan memain dik" aku dah cuak
"Ni Akmal. Saje berlakon jadi Marwan. Nak test akak hahahahahahaahaha" dia reply.
WEH ENGKAU GILA KE APA SELAMA BERAPA JAM NI AKU MESEJ DIA AKU LUAH PERASAAN KAT DIA RUPA NYA!!!!
Hamek kau capslock wahahahahaahah aku dah meroyan menjerit kat bantal gigit bantal macam macam gaya dah. MALU WEH MALU TAHU TAK???? Lama gak aku meroyan atas katil buat kuak lentang semua ada. Tak lama tu mesej masuk.
"Akakkkkkkkk. Akak marah ke?"

Aduh aku nak balas apa ni. Halamak hai

"Err tak akak tak marah. Serius lah ni Akmal? Walaweh malu nyaaaaaa warghhhhhh!" - aku
"A'ah ni Akmal. Hahahahahaaha takde benda ah kak" - arwah
"Esok tak nak pergi sekolah huwaaaa eh tapi kena pergi sebab nanti ayah marah eh tapi malu!!!!!! Pakai topenglah camni" aku meroyan kat dia hahahahahaha
Dia gelak je dengar aku meroyan. Siap cakap esok nak tengok aku pakai topeng ke tak. Malunya ya Allah. Last mesej dia before tidur.
"Goodnight akak. Mimpi adik tau :p esok jumpa kat sekolah. Jangan lupa pakai topeng hahaahah" 

Aku pun dah tertidur dengan lenanya masatu.


To be continue.......................................................

Comments

Popular posts from this blog

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...