Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi.
Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat....
Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angin sejuk sangat lalu sedangkan masa aku sampai tu takde angin langsung and matahari atas kepala kot. Aku senyum sorang sorang seolah seolah aku dapat rasa macam tu dia. Aku tahu dia dengar apa aku cakap. Apa aku luahkan kat dia. Dah jadi satu tabiat bila aku datang mesti aku akan cerita apa yang jadi dalam hidup aku hari hari macam aku selalu buat masa dia masih ada.
Dah setahun tapi luka kat hati ni tak sembuh lagi. And bila dengar kematian je hati aku mesti rasa nak gugur walaupun tak ada kena mengena dengan aku. Bagi aku, cukup lah arwah sorang yang pergi tinggalkan aku. Aku tak sanggup dan tak ready lagi nak hilang orang yang aku sayang lagi.
Orang cakap "Baru bf yang pergi bukan family". Yes, dia bukan family aku tapi bakal jadi family aku. Orang tak rasa. Hilang mak atau ayah berbeza dengan kau hilang seorang yang kau bakal jadikan masa depan kau. Kau tak boleh nak samakan dengan cara kehilangan kau.
Sebenarnya, aku rindu dia. Aku rindu nak bergurau dengan dia. rindu nak dengar dia ketawa. rindu nak ajar dia bahasa enggeris. rindu nak masakkan dia burger letak cheese and sos lebih. rindu nak dengar dia menyanyi. rindu nak gaduh pasal bola bila ManU lawan Arsenal. Rindu nak teman dia pergi stadium tengok JDT lawan. Rindu nak pergi jalan jalan dengan dia since dia rajin sangat bawak aku jalan jalan. Rindu nak dengar dia panggil aku. Rindu. Rindu yang teramat sangat. 4 tahun lebih kenal dia, masih belum cukup buat aku.
Akmal Hakim. Seorang yang penyabar. Sangat penyabar melayan kerenah aku yang panas baran. Dia pandai amik hati aku bila aku marah. Dia pandai pujuk sampai bila aku marah terus jadi menangis hahaha. Aku tahu dia satu dalam sejuta. Sangat manja dan clingy. Dulu sampai sanggup call adik aku kalau aku tak balas mesej dia. Dia suka layan adik aku yang kecik sekali. Adik aku yang kecik sekali tu budak istimewa. Tak semua orang suka atau layan dia sebab dia jenis suka tanya banyak kali. Tapi arwah suka layan adik aku. Sampai kalau jumpa mesti dia tanya "adik tak ikut ke?"
And aku tahu adik aku sayang arwah sebab dia selalu sebut nam arwah. The day arwah kebumi, dia datang kat aku and cakap "kakak, akmal kakak dah meninggal eh" aku cuma mampu senyum je. dia faham dan dia tahu arwah dah tak ada. setiap kali aku nak pergi kubur mesti dia cakap "kakak nak pergi kat akmal kakak ke" serius aku sedih. sedih sebab adik aku kecik lagi tapi dia faham.
And harini, masih segar dalam ingatan aku setahun yang lalu aku tengok dia buat kali terakhir sebelum dia dikapankan. Muka bersih dia. Aku tahu dia dah bahagia kat atas sana dan aku dapat rasa dia pun nak aku bahagia kat sini. Cuma waktu nya belum tiba. Mungkin satu hari nanti.
Al Fatihah buat sayangku, Akmal Hakim bin Sidek. Berehat lah dengan tenang.....
(08/01/1996-13/02/2015)

Comments
Post a Comment