Skip to main content

Bab 5

Everyday kita orang mesej (masa tu whatsapp wechat bagai tu tak wujud lagi kot hahahaha) macam orang bercinta tiap hari nak mesej nak jumpa nak otp. Tak pernah bosan bila borak dengan dia. Ade je benda yang nak diborakkan. Sampai lah nak ke bulan puasa. Masa tu hari first puasa. Masa tu aku berbuka kat luar dengan family. Masa nak berbuka tu dia wish lah selamat berbuka bagai tu. Then dia cakap camni.

"Akak. Adik ade benda nak cakap. Lepas buka nanti adik cakap eh. Sayang akak"
Ayat 'sayang akak' tu tak pernah dia lupa sebut setiap kali nak end kan conversation. Sifat penyayang dia sebenarnya buat aku makin selesa dgn dia. Rasa selamat.
Lepas berbuka tu dengan tak menyabor nya aku terus tanya dia nak cakap apa.

"Akak sayang adik tak?" - arwah
"Mestilah sayang. Kenapa adik tanya camtu?" - aku
"Sayang macam mana?" - arwah
"Saayang sangat sangat" - aku
"Adik taknak hilang akak. Adik sayang akak" - arwah
"Ye akak tahu. Kenapa ni?" - aku
"Adik sayang akak lebih daripada seorang akak. Adik nak jaga akak sampai akhir hayat adik. Akak sudi tak?" - arwah

Lepastu aku tak ingat aku jawab apa. Tapi aku ingat ayat dia tu. Dia cakap dia nak jaga aku. Rasa macam nak nangis pun ada sebab tak expect pun dia akan rasa apa aku rasa. So 01/08/2011 tu lah kitaorang declare as lover bukan adik kakak lagi. Mula mula macam kekok jugak sebab panggilan semua dah tukar. Hahahahaahah

Jujur aku cakap, arwah penyabar orangnya. Penyabar sangat sangat. Perangai aku dulu teruk nauzubillah. Aku suka buat perangai ikut kepala aku sendiri. Kekadang aku merajuk berhari hari. Aku tertengking dia. Aku ugut dia nak break hahahah teruk gila perangai. Aku ingat lagi ada satu hari tu, aku hadiahkan dia baju couple. Then, kitaorang ade gaduh besar. Aku buat perangai, aku mintak break lepastu aku tak angkat dia call dia mesej aku tak jawab. Aku angkat sekali je masa dia call tu, menangis nangis dia merayu. Terasa kejam gila lak ai aku. Esok pergi sekolah, dia datang kat kelas nak jumpa. Jumpa lah kat tepi kelas hujung yang dekat dengan laluan pergi ke toilet tu. Dia pulangkan baju couple tu balik. Lepastu dia pandang aku lama then dia cakap.

"Benci sangat ke sampai taknak tengok orang?"
Aku pandang dia. Muka dia sayu sangat masa tu. Tetiba aku rasa nak nangis. Aku pandang tempat lain.
"Takpelahh. Maafkan semua salah silap orang. Orang sayang dia tak pernah kurang. Semoga bahagia sayang..."
Lepas dia cakap camtu dia terus bla. Kat situ gak aku nangis. Sebak. Serba salah semua ada.
Balik sekolah aku terus call dia. Aku mintak maaf. Satu benda aku kagum dengan dia, macam mana teruk perangai aku sekalipun dia tak pernah marah tengking atau tinggikan suara. Benda ni yang buat aku makin sayang dan aku rasa mana mana lelaki pun tak boleh jadi macam dia. Bukan semua orang faham aku dan tahan dengan perangai aku.

Arwah susah nak berenggang dengan aku. Kat sekolah nak jumpa. Balik sekolah nak jumpa. Malam otp sampai panas fone. Aku ada satu habit yang aku suka buat bila jumpa dia. Aku suka tenung dia lama lama sampai dia malu. Lepastu bila dia balas balik tenungan aku yang malu hahahahahah.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 8

Before dia accident, aku dah lama tak jumpa dia. Dekat sebulan lebih, and masa tu ktorg buat keputusan nak berpisah sementara sebab sejak akhir akhir tu ktorg selalu gaduh. Dekat 2 minggu ktorg lost contact. (05/02/2015) 5 hari sebelum accident... Hari khamis tu tiba tiba dia ws aku, dia cakap dia rindu. And dia desak aku balik seremban. Aku cakap aku taknak. Dia paksa jugak balik sampai dia cakap dia akan jemput aku esok. Nak taknak aku ikutkan je. Tapi aku rasa pelik sebab selama ni dia tak pernah jemput aku sebabkan takde transport. (06/02/2015) 4 hari sebelum accident... Pagi tu lepas aku habis kelas dia ws aku cakap dia jemput petang. Aku tunggu dia datang amik. Petang tu dia amik dalam pukul 4 lebih. Aku pandang dia, dalam hati (LC? Motor siapa pulak ni) tapi aku diam takde tanya apa pun. Muka dia berseri seri pandang aku sambil tersenyum. Sampai seremban je dia ajak keluar, aku cakap aku malas sebab aku penat. Then dia ajak keluar malam. Aku rasa mcm asyik kena paksa j...

Bab 7

Tapi adaa satu benda aku perasan berubah dekat dia since ktorg getback. Dia selalu cakap pasal mati. Ye, cuma dia sorang yang akan rasa dia akan pergi. Waktu ni aku tak fikir apa. Aku fikir dia mengarut. Rupa nya ni satu petanda. Allahu.  Tak mampu berkata kata. Hanya screenshot ni yang mampu aku tunjukkan........... Pesanan terakhir daripada sayang dua hari sebelum dia accident. Minggu depan tu, dia maksudkan hari jumaat. Hari dia pergi.......

Setahun berlalu....

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke harini. Dah lama tak usik blog ni since tulis last chapter pasal arwah. Bukan apa, taknak baca lagi sebab tahu diri ni belum kuat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya harini dah setahun arwah pergi. Allahu terasa sekejap je masa berlalu. Aku masih macam dulu, belum move on sepenuh nya tapi dah redha. Sampai sekarang aku still macam tak percaya dia dah pergi. Sebab bila aku tengok gambar dia, aku tengok dia tersenyum aku rasa macam dia masih ada cuma dia jauh. Bak kata mak dia, rasa macam dia ada tapi dia jauh and kita still tunggu dia balik macam biasa hari jumaat. Yes, kekadang aku macam tertunggu dia balik bila hari jumaat.... Satu benda aku nak cerita, setiap kali aku pergi kubur dia mesti aku rasa sejuk. Walaupun masa tu tengah panas terik matahari atas kepala. Wallahualam, Allah saje yang tahu. Paling aku terasa aku datang masa tu dah lama aku tak datang sebab takde transport. Aku duduk je dekat kubur dia terus aku rasa angi...